TERKINI
VERSI
0.6.1
Fokus kepada pangkalan data Daun, penambahbaikan imej dan terjemahan
Kacau Daun kini mempertingkatkan kualiti jawapan kepada pengecaman imej, terjemahan, serta kualiti balasan hantaran.
Dipertingkat
- Pengecaman imej yang lebih telus. Kacau Daun membezakan objek di imej yang dikenal pasti dengan lebih yakin berbanding sebelumnya, dan tidak lagi memaksa tekaan apabila gambar kurang jelas.
- Terjemahan lebih terus dan jelas. Jawapan terjemahan kini bermula dengan padanan perkataan yang diminta dan kekal fokus pada maksudnya.
- Lebih terbuka menerima pembetulan. Apabila pengguna membetulkan kesilapan fakta, Kacau Daun akan mengakuinya dengan jelas tanpa mempertahankan jawapan yang salah.
- Balasan lebih ringkas dan relevan. Jawapan kepada soalan mudah kini kurang berjela-jela dan lebih dekat dengan konteks sebenar perbualan.

